keluatga sakinah

Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

Sunday, October 10, 2010

Kesilapan-Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak


Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak.

Agama membawa kepada keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan akhirat.

Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.

Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba abapila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.

Tak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi, mengabaikan terus 'makanan' rohani anak-anak yang sentiasa 'lapar' dan 'dahagakan' petunjuk agama.

Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.

Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.

Mendidik Tanpa Belas Ihsan

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan.

Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.

Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang 'mendidik' anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri. Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.

Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah. Bagi mereka 'Rumahku Nerakaku'. Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.

Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." (Surah an-Nahl:90)

Sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi)

Terlalu Memanjakan Anak-Anak

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak. Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk.

Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.

Tidak salah untuk memanjakan mereka. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang. Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak.

Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dangan teratur dan berprinsip.

Kesimpulan

Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul. Realiti hidup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga.

Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.

Sumber : iluvislam

www.iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.


Saturday, October 9, 2010

Langkah Pertama ku di Ardhul Kinanah



Malam ini hari ke empat ana di ardhul kinanah (mesir). sepanjang pelayaran ku ini, pelbagai perkara telah terpampang dimata. ada yang hasanah dan ada yang punah. alhamdulillah, perjalanan ku ini terserlah dengan cahaya jejak-jejak para anbiya' di bumi ini kerana biah di sini sangat terjaga.insyallah, di bumi ini, kami di sini insyallah akan lahir sebagai bakal doktor muslim yang boleh menjadi ustaz dan ustazah (amin). yang bestnya di sini, banyak perkara yang unik.

Hari first di airport dah kena marah dengan pak arab. kebetulan ana di tempatkan di luar kawasan dewan malaysia, iaitu di rumah senior. Pada mulanya kami naik van yg dipanggil Tremco. Lepas itu, sampai je kat destinasi yang pertama, pak arab tu suruh turun dan tidak mau antaq kami dah kat tempat


Seterusnya. pada masa yg sama kami sebenarnya datang dengan sebuah lori yang bawa barang-barang kami. jadi, disebabkan tidak ada kenderaaan, kami terpaksa naik lori. Yang bestnya, kami bukan dok kat tempat duduk lori. kami dok dalam kontena yang tertutup rapat. ish3, terasa macam pendatang tanpa izin ja. Tue baru ari first. ha,

Hari kedua pulak, pagi-pagi, kami dah kena pi balik kat dewan malaysia untuk buat aktiviti. Pagi tu, senior yg ambik degan kereta. Rupa-rupanya, kalau dah kata nak memandu kat mesir ni memang kena abis giler. Cara orang memandu di Mesir memang no 1 lah, pantang ada ruang kosong mencelah je. Tambah giler lg, kalau line jalan ada dua, mmg akan jadi tiga line dan kadang-kdang empat line pon boleh jadi. fuh, dashyat.

Satu lagi, kalau naik lif kat Mesir ni special ckit. Sebelum bergerak akan ada suara yg memperdengarkan bacaan doa naik kerendaan. lif dia, mmg first class, memang naik sekali fikiq banyak kali gak nak naik lain. banyak lagi yang nak diceritakan ni, tapi lain kali lah...

-Thalhah

Sunday, September 12, 2010

Mufidah Hawa Dan Mohd Hamdan Selamat diijabkabul



BERA 12 September- Mufidah Hawa binti Embong menamatkan zaman bujang dengan teruna pilihannya, Mohd Hamdan bin Saparwan dalam majlis akad nikah di rumahnya di Felda Tementi. Majlis telah disempurnakan oleh ustaz Abu Awang sebagai wakil wali kepada Ab.Kadir bin Embong,abang sulong Mufidah.
Dengan mas kahwin RM 22.50 dan sebentuk cincin emas, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dan diperhatikan oleh saudara mara terdekat pada pukul 3.00 petang selepas bertunang dua tahun sebelum itu.
Hamdan, 26, menjadi suami kepada Mufidah Hawa 26 anak ke sepuluh daripada tiga belas adik beradik, dengan sekali lafaz. Majlis ini hanya memenuhi perkara wajib, dan majlis walimah disebelah perempuan akan diadakan kemudian. ini merupakan pernikahan yang kedua bagi keluarga ini dalam setahun.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menghantar 7 dulang hantaran termasuk wang hantaran RM8,000 dan dibalas dengan 9 dulang oleh pihak pengantin perempuan. Keceriaan jelas terbayang pada wajah kedua-dua mempelai yang kelihatan berseri-seri dengan pakaian pengantin berwarna putih semasa akad nikah.
Ketika ditemui selepas upacara akad nikah, pasangan suami isteri itu memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hubungan pertunangan dua tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan. Pasangan ini membuat ikatan pertunangan ketika kedua-duanya masih belajar di Mesir lagi.
Sementara itu, majlis menyambut menantu akan diadakan di Shah Alam pada 25 September ini. Semoga hubungan mereka berakhir hingga kesurga-
“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin" kepada Mufidah hawa dan pasangannya.

Syawal 1430

1 Syawal 1430- Ramadhan sudah meninggalkan, kini syawal muncul kembali. Menyambut kedatangan Ramadhan bermakna umat Islam menyambut kemenangan bebas dari hawa nafsu. hakikat syawal ialah menafistasi kita membesarkan Allah s.w.t, disinilah kita cuba istiqamah setiap amalan yang kita kerjakan sepanjang bulan ramadhan. oleh itu, kita perlu muhasabah diri kita adakah kita merebut peluang yang diberi, adakah peluang ini akan datang kembali, sebenarnya banyak hikmah yang terkandungdalam perayaan Aidilfitri.

Seperti tahun-tahun lepas, tradisi tahun lepas di teruskan. sebahagian Ahli keluarga pulang ke teratak ibunda di Tementi. Pada tahun beberapa keluarga berkesempatan behari raya pertama disini. dan sebahagian yang lain sampai pada hari raya kedua. persediaan dalam menghadapi hari raya tidaklah semeriah tahun-tahun dulu. hanya ala kadar. namun beberapa hidangan wajib setiap tahun disediakan terutama sate.

persiapan hari raya seperti sate telah disediakan pada 28 Ramadhan, namun banyak persediaan lain tidak dilakukan kerana ramai ahli keluarga balik pada 29 Ramadhan. malahan raya juga dijanka pada hari Jumaat bukannya hari khamis. pada hari khamis beberapa persediaan telah dibuat. dengan membakar lemang, membuat sate dan bebapa hidangan lain

Bagi Penulis yang paling menarik dan meriah ialah pada malam hari raya. Kerana pada malam itu pada kebiasaannya, kaum Adam sembahyang berjemaah Insyak di surau. selepas solat insyak maka, Semuanya bertakbir, biasanya setiap orang yang dewasa akan memimpin takbir. pada masa ini, saat yang paling seronok. kemudian selepasa bertakbir, aktiviti seterusnya ialah membakat sate. ini juga merupakan waktu yang ternanti-nanti. Sate merupakan juadah yang disediakan untuk makan di pagi raya, tetapi semasa membakar sate, biasanya suku sudah ada dida lama perut..

pada pagi raya, sebelum solat semua makan beramai-ramai dengan juadah yang disediakan sebelumnya. kemudian semuanya menuju kemasjid. Namu pada tahun ini agaka malang segelintir ahli keluarga tidak dapat menyertai solat kerana masjid yang penuh, hanya dapat mendengar khutbah. Tapi agak hairan solat aidilfitri bergitu ramai, namun b ila solat jumaat, jauh berbeza sedikit dari kedatangan solat sunat hari raya.

Selepas pulang dari solat aidilfitri, maka sesama keluarga bermaafan. masa inilah yang kecil (ada juga yang besar) mendapat duit raya. maka berkira-kiralah meraka siapa yang memperolehi duit paling banyak. dikesempatan hari raya juga, sebahagian besar ahli keluarga pergi menziarah kubur, disibi sempat membaca yasin dan tahlil ringkas dilakukan.. disini sama-samalah kita mengucapakan al-Fatihah kepda Allahyarham ayahanda Embong bin Ismail. Al-Fatihah

pada hari itu juga, kami juga sempat menziarahi rumah jiran terttanga yang berdekatan. akhir kalam , penulis mengucapkan "Salam eid mubarak .Minal 'aid wal faidzin, kullu 'am wa antum alfun bikhair.. asif jiddan @ mohon maaf kepada semua atas segala silap dan salah" taqabbalullah minna waminka (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu

Wednesday, June 23, 2010

Sambutan Hari jadi Bonda


Bera 20 Jun- Majlis sambutan hari jadi bonda telah diadakan di Rumah (kakak) Maizatul Akma di Desa Jelawat. Hari jadi yang sebenar pada 18 Jun telah ditunda diraikan pada 2 hari kemudian iaitu hari Ahad

Hari jadi ke 65 diraikan dengan diadakan BBQ dan sedikit jamuan, majlis ini dijalankan secara ad-Hic, tiada perancangan yang rapi.
Persediaan yang dilakukan sejak pagi lagi, dengan membakar ayam, ikan, kerang dan udang. Terdapat juga masakan lain dalam majlis ini.
Majlis sebenarnya dijalankan pada pukul 1.00 petang, apabila Bonda sampai ke rumah yang dijadikan majlis. Sesampai di rumah, bonda disambut dengan bunga oleh cucunya. Kemudian, hadiah juga di sampaikan oleh cucunya.

Keceriaan terpapar di wajahnya, majlis diteruskan makan tengahari dengan jamuan yang telah disediakan.
“Alhamdulillah, sama-sama dapat makan tengahari, terima kasih Amir adik beradik kerana bagi hadiah kat tok” kata bonda dengan nada gembira.

Menurut ketua koordinator majlis (kak) Maizatul. “ majlis nie lama dah nak buat, ajak adik-beradik makan, kebetulan hari jadi mak, tue yang terus buat”.

Majlis berakhir jam 2.30 petang. Sekeluarga mengucapkan ‘selamat hari jadi, salam eid milad dan Happy Brithday kepada Ibunda, sanah helwah dan juga jutaan terima kasih kerana mendidih dan mentarbiyyah kami selamat ini
P/s dikala seluruh dunia menyambut hari bapa, marilah kita semua menghadiahkan al-fatihah kepada Allaryarham ayahanda yang telah kembali kerahmatullah. Al-FATIHAH. Moga rohnya ditempat bersama mereka yang soleh dan solehah... Amin

Friday, June 18, 2010

BarakaAllahulakum kepada Hassan dan pasanganNya

Kenduri sebelah lelaki atau kenduri menyambut menantu telah Berjaya dilangsungkan pada 13 Jun yang lalu. Kenduri menyambung kepulangan pasangan pengantin Hassan dan Hashida dilangsungkan dirumah 143 Felda Tementi,dengan meriahnya.

Majlis yang menumbangkan seekor lembu ini, menjemput hamper sribu tetamu sekitar Tementi terutamanya. Persediaan telah dilakukan sehari sebelumnya atau dipanggil dengan rewang, pada hari rewang 3 batang pokok kalapa menjadi mangsa ditebang untuk mengambil umbuknya.

Alhamdulillah dan ucapan terima kasih pada hari rewang dengan bantuan jiran dan sanak-saudara banyak kerja dapat diselesaikan bersama untuk persiapan hari esoknya. Pada malamnya, daging lembu telah dilapah secara bergotong-royong. Majlis malam tersebut di Meriahkan dengan alunan marhaban dari penduduk kampung.

Pada hari majlis dilangsungkan, jamuan telah dimasak pada pagi tersebut secara bergotong-royong. Makanan siap di hidang pada pukul sepuluh setengah, awal sejam dari jemputan kenduri iaitu pada pukul 11 setengah hari.

Majlis diserikan lagi dengan DJ yang dijemput berserta alunan lagu-lagu nasyid. Bak kata DJ bertugas ‘ kita mendengar nasyid dab lagu-lagu dakwah.”. Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar pertugas-tugas berbaju jersi yang di sponsor oleh (abang) Yassin, diberi tugas untuk memastikan jamuan tersedia dan kebersihan.

Pada pukul satu setengah pasangan pengantin pun tiba bersama rombongan dari pihak pengantin perempuan. Agak lewat sedikit dari waktu yang dirancang. Pasangan pengantin Hassan dan Hazida segak dengan baju berwarna hijau muda. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah dengan diiringi rombongan dan lagu-lagu nasyid bertemakan perkahwinan.

Kemudian pasangan pengantin makan beradab di dalam rumah, selepas hamper sejam mejamu selera, pasangan pengantin bermesra dengan teramu yang hadir termasuk dari sanak-saudara dan sahabat handai pengantin.

Majlis berakhir pada pukul 4 petang, walau bagaimana pun masih ada tetamu yang hadir, keseluruhannya tetamu yang hadir agak ramai. Walaupun bertemu dengan tiga kenduri dalam satu kampung, namun tidak menjejas tetamu yang hadir.

bagi pihak tuan rumah mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang membantu menjayakan majlis, jiran tertangga, sanak-saudara dan kepada semua tetamu yang hadir. Alhamdulillah majlis ini bukan sahaja bertujuan menjayakan majlis untuk pasangan pengantin malahan dapat mengeratkan silaturahim antara sanak saudara yang sudah lama tidak ketemu dan yang lansung tidak pernah kenal.

Akhir kalam , seisi keluarga mengucapkan “Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin“kepadaAkhi Hassan dan pasangannya.

14 June: Saudara Hamdan telah mengikat tali pertunangan dengan bakal pasangannya. Perjanjian pertunangan ini selama setahun hidup.

P/s : Gambar tidak diletakkan lagi, gambar masih dekat abang Nazrie, insyaAllah gambar terbaik, tunggu kemunculannya.

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:



1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.




Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.



Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..



Emm.. My favourite!




Ni suapan yang ketiga ni!

Bila dah siap, boleh makan terus, amalkan 2-3 sudu sehari. Kanak-kanak belum banyak gigi pun dah boleh amalkan. Dalam bekas diatas, saya telah masukkan 3 kapsul minyak ikan berkepekatan tinggi. Darwish dan Wisya memang suka memakannya. Rasanya penuh dengan lemak kacang badam dan manisnya madu lebah. Cara mudah untuk memberi makanan sunnah yang banyak kebaikkannya pada otak beserta dengan minyak ikan!

Hassan dan Hazhida Selamat DiIjabkabulkan



KUANTAN 6 June- Hassan Embong menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya, Hazhida dalam majlis akad nikah di Masjid Baserah dan majlis walimah yang berlangsung di rumah pengantin perempuan dekat Baserah,semalam.

Dengan mas kahwin RM 100 dan seutas rantai emas, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh ayah pengantin perempuan sendiri diperhatikan Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang pada pukul 11.30 pagi selepas bertunang setahun sebelum itu.

Hassan, 28,anak ke Sembilan daripada sebelah adik beradik menjadi suami kepada hashida, 28, dengan sekali lafaz.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menghantar 11 dulang hantaran termasuk wang hantaran RM8,000 dan dibalas dengan 13 dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Keceriaan jelas terbayang pada wajah kedua-dua mempelai yang kelihatan berseri-seri dengan pakaian pengantin berwarna Hijau Muda dan memakai pakain berwarna putih semasa akad nikah.

Ketika ditemui selepas upacara akad nikah, pasangan suami isteri itu memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hubungan t pertunangan setahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.

Sementara itu, majlis menyambut menantu akan diadakan di Falda Tementi Bera pada 13 June ini. Semoga mereka berakhir hingga kesurga-

Tuesday, May 11, 2010

Penawar dikala Penat


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya

“Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam is itu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyum

Thursday, May 6, 2010

Didiklah sedari kecil


Terlalu kerap kita mendengar ungkapan ‘anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya’. Begitu juga ungkapan lama seperti ‘bapa borek anak rintik’, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya´, ´bagaimana contoh begitulah gubahannya´, ´bagaimana ditanam, begitulah dituai´, ´bagaimana rupa begitulah bayangnya´, dan banyak lagi. Ungkapan pepatah dan peribahasa lama ini dengan jelas menyatakan bahawa bagaimana kita mendidik si cilik, begitulah nanti dewasanya si cilik dengan didikan kita.

Ungkapan itu juga menjelaskan betapa didikan yang pelbagai untuk anak-anak bakal memanusiakan mereka atau menjadikan mereka bukan manusia. Istilah memanusiakan anak-anak memerlukan kefahaman yang tinggi bukan sahaja dari sudut material malahan paling penting kefahaman dari aspek mental.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”

Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang memepunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.

Firman Allah s.w.t melalui surah al-A’raaf ayat 58 bermaksud;

“Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut…”

Meninjau kisah Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.

Ini bermakna, bapa Imam Hanifah telah menyiapkan dirinya yang terbaik agar anak yang dilahirkan kelak mewarisi kebaikan dan akhlaknya. Hal ini harus dipandang berat oleh ibu bapa masa kini yang beranggapan bahawa pertalian mereka dan anak-anak hanya atas dasar pertalian darah semata.Sebenarnya ia lebih dari itu.

Dalami juga nasihat-nasihat berguna Luqman Al-Hakim kepada anaknya ketika mereka sedang dalam sebuah perjalanan yang jauh. Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba yang miskin, namun telah mengayakan anaknya dengan nasihat-nasihat yang berguna sehingga nasihat beliau diwahyukan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran dan menjadi sebahagian ilmu yang berguna kepada umat Islam hari ini.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut memberi maksud seperti pepatah lama Melayu di atas iaitu ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Ini bermakna tugas ibu bapa bukan sahaja mendidik diri sendiri menjadi manusia yang baik, malah mendidik anak sejak di dalam kandungan sehingga ia lahir ke dunia.

p/s: sekadar berkongsi untuk pengetahuan kita semua...mungkin ade yang bakal bergelar ibu, bergelar bapa, bakal mendirikan rumah tangga...segalanye bermula dari dalam diri kita sendiri...sama2lah kita menilik diri kita dan bermuhasabah..inshaAllah

sumber:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Sunday, May 2, 2010

Lelaki yang ditarik Perempuan ke dalam Neraka

Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??

Friday, April 30, 2010

Hatiku seperti..??


Keadaan-keadaan hati digambarkan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullohu ta’ala dengan sebuah perumpamaan yang sangat indah, yakni keadaannya seperti tiga buah rumah ;

1. Rumah milik raja, yang didalamnya terdapat harta simpanan yang melimpah serta perhiasan yang mulia.

2. Rumah milik budak, yang didalamnya tersimpan harta milik budak itu dan simpanannya, yang tentu saja tidak seperti harta benda milik sang raja.

3. Rumah yang kosong tidak ada isinya sedikitpun.

Pencuri datang untuk menjarah salah satu dari tiga rumah tersebut. Lalu rumah manakah yang akan menjadi sasarannya?

Jika engkau menjawab, “ia akan menggasak rumah kosong”, tentu tidak akan mungkin dan hanya akan sia-sia, sebab didalamnya tidak ada sesuatupun yang bisa dijarah.

Suatu ketika datang seseorang berkata kepada Ibnu Abbas radhiallohu ‘anhu, “sesungguhnya orang-orang Yahudi beranggapan bahwa mereka tidak bisa diganggu oleh berbagai macam bisikan syeithan ketika shalat.”

Maka Ibnu Abbas mengomentari, “apakah yang bisa dilakukan syeithan terhadap hati yang sudah roboh?”

Kemudian, jika engkau berkata, “Dia akan menjarah rumah milik raja”, sepertinya juga mustahil dan terlalu sulit, karena disana ada para penjaga dan juga mata-mata yang selalu mengintai. Jangankan untuk menjarah, mendekatpun sudah sulit, karena para pengawal, tentara dan penjaga selalu siap.

Maka tidak ada pilihan lain bagi pencuri itu kecuali rumah yang satu lagi, yang ada kemungkinan baginya untuk memasukinya dan menjarah isinya.

Orang yang berpikir hendaknya menyimak permisalan ini dengan seksama lalu meresapinya didalam hati, karena gambaran tentang dirinya ada pada permisalan itu.

Hati yang kosong sama sekali dari kebaikan adalah hatinya orang-orang kafir dan munafik. Itu merupakan rumah Syeithan, tempat tinggal dan tempat bersemayamnya. Lalu apa yang bisa dicuri dari hati yang seperti itu, sementara tidak terdapat apapun didalamnya, yang ada hanyalah hayalan dan lintasan pikiran.

Ada hati yang diisi dengan pen-ta’dhiman kepada Allah Ta’ala, cinta, rasa malu dan takut kepada-Nya. Lalu syeithan manakah yang berani mendekati hati semacam ini? Kalaupun syeithan mencuri darinya, lalu apa yang bisa dicuri? Namun tetap saja syeithan akan mencari-cari kesempatan untuk menjarah dengan merampas dan menyambar ketika orang tersebut dalam keadaan lalai. Karena bagaimanapu ia juga manusia biasa yang bisa lalai, lupa, ada syahwat dan lain-lain.

Ada pula hati yang didalamnya ada tauhid kepada Allah Ta’ala, iman, ma’rifat, cinta kepada-Nya dan pembenaran terhadap janji-Nya, namun didalamnya juga ada syahwat, nafsu dan naluri. Hati yang ada diantara dua hal ini (Iman dan syahwat) terkadang condong kepada Iman, cinta dan pen-ta’dziman kepada Allah dan terkadang condong kepada hawa nafsu dan nalurinya. Maka hati yang semacam inilah yang menjadi incaran jarahan syeithan. Namun Allah tetap memberikan pertolongan kepada siapapun yang dikehendaki-Nya.

Allah Ta’ala berfirman,

”Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah yang maha Perkasa lagi maha Bijaksana.” [Ali-Imran:126]

Ketahuilah, bahwa syeithan tidak akan dapat berbuat banyak terhadap seorang hamba kecuali jika ia (syeithan) mendapatkan senjatanya. Dengan membawa senjata itu dia menyusup dan melumpuhkan hati seorang hamba. Senjata syeithan itu adalah syahwat, syubhat, hayalan, angan-angan yang kosong, yang semuanya ada didalam hati. Jika seorang hamba mempunyai iman yang dapat menyadari dan menghadang serangan syeithan itu, maka syeithan itu pasti akan kalah. Jika tidak, maka dia akan mudah dikuasi syeithan.

Jika seorang hamba memberikan peluang kepada musuh dan memberikan pintu baginya serta menyodorkan senjata kepada syeithan yang justru senjata itu akan digunakan untuk menguasai dirinya, berarti dia adalah yang bodoh dan tercela.

[Dinukil dari kitab Shohihul wabilus shoyyib minal kalimit Thayyib, karya Ibnu Qayyim]

Monday, April 5, 2010

Mewujudkan suasana ‘berilmu’ di rumah keluarga Muslim




Kepentingan membaca

Ayat suci al-Quran pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah menyeru umat Islam membaca; “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-Alaq: 1-5)

Malangnya, kebanyakan umat Islam tidak mematuhi apa yang Tuhan perintah. Diturunkan kitab suci al-Quran sebagai panduan hidup mereka abaikan dan tidak memahami dan mengkaji kandungannya. Mereka memilih bacaan yang kurang memberi munafaat. Akhirnya, ilmu yang ada di dalam al quran dibaca dan dikaji oleh pihak bukan Islam untuk mencapai kemajuan dan kekuatan. Sedangkan umat Islam dimana pun jua sentiasa berada di dalam keadaan lemah dan terdedah kepada cacian dan penghinaan.


Tabiat Membaca dikalangan KIta

Menurut kajian, kadar tabiat membaca di kalangan masyarakat Malaysia berada pada tahap 87 peratus tetapi bahan bacaan yang mereka pilih bukan berbentuk ilmu pengetahuan. Jauh sekali buku-buku bercorak keagamaan. Mereka lebih suka memilih bahan bacaan ringan dan berbentuk hiburan. Kebanyakan mereka juga jarang atau tidak pernah langsung mengunjungi perpustakaan untuk tujuan membaca, merujuk atau meminjam buku kecuali para pelajar atau guru.

Kebiasaan menggunakan perpustakaan untuk membaca atau meminjam bahan-bahan bacaan masih belum menjadi budaya di kalangan masyarakat kita.

Bagi kebanyakan daripada kita perpustakaan adalah untuk pelajar-pelajar atau guru-guru sahaja.

Mewujudkan suasana berilmu di rumah dengan mengadakan perpustakaan mini untuk keluarga memang tidak ada dalam ingatan atau perancangan sama sekali.

Kalau kita membeli almari sama ada yang kecil atau besar, yang antik atau tidak antik, niat kita ialah untuk mengisi barang-barang hiasan terutama pinggan mangkuk berjenama , barang-barang kristal atau barang-barang hiasan mahal yang kita fikir boleh menaikkan imej atau kedudukan kita di mata masyarakat.

Kalau kita membelinya dari luar negara perasaan kita akan lebih bangga kerana barang hiasan tersebut hanya berada di rumah kita, tidak ada pada rumah orang lain.

Pergilah ke mana-mana rumah, sama ada rumah orang-orang Melayu atau bukan Melayu, lebih-lebih lagi rumah besar yang tersergam indah almari di ruang tamu atau di ruang tengah pasti akan terisi dengan barang-barang hiasan yang dibeli dari dalam negara atau luar negara.


kita suka perkara picisan

Kalau tetamu datang ke rumah, kita lebih suka bercakap soal-soal yang berkaitan dengan barang perhiasan yang kita beli termasuk pinggan mangkuk berjenama, langsir, perabot dan lain-lain. Jarang sangat kita akan bercakap soal-soal yang berkaitan dengan buku-buku terbaru yang berada dipasaran, buku-buku yang pernah dibaca atau majalah-majalah agama yang pernah dilanggani. Jauh sekali bercakap pasal kandungan al quran dan sebagainya.

Kalau ada pun kita hanya akan bercakap mengenai majalah-majalah hiburan yang kita beli dan langgani dan percakapan kita pastilah berkisar tentang kehidupan para artis yang kita minati. Kita hampir tahu nama kesemua artis dan kegiatan mereka terutama yang kerap muncul dalam drama TV atau konsert-konsert hiburan.

Kalau ditanya perkara-perkara yang berkaitan dengan isu semasa, pergolakan politik, peperangan, isu nuklear, ekonomi, perdagangan atau lain-lain mereka akan geleng kepala kerana kurang mengetahui.

Fokus baca dan lihat, kebanyakan daripada kita tidak tertumpu kepada bahan-bahan yang bercorak pengetahuan. Kalau membaca kita memilih bahan-bahan yang berkaitan dengan dunia hiburan dan kalau melihat atau menonton TV, kita memilih program-program yang berkaitan dengan dunia hiburan seperti drama, sinetron, konsert,gosip artis dan sebagainya.

Kebanyakan daripada kita hanya berminat isu-isu yang remeh temeh yang tidak boleh memberi manafaat atau ilmu pengetahuan.

Ada orang berpendapat pada zaman kemajuan IT dan pada ketika kerajaan hendak mencapai wawasan melalui pendekatan Islam elok di ubah sedikit paradigma atau corak pemikiran kita.

Daripada kita sibuk mengambil tahu perkara yang remeh temeh dan perkelahian antara tokoh politik apa salahnya kita memulakan langkah mewujudkan suasana berilmu di rumah dengan mengadakan perpustakaan mini di rumah untuk keluarga.


Wujudkan Perpustakaan

Perpustakaan Negara dalam kempen membacanya memang menggalakan orang ramai mewujudkan sebuah perpustakaan mini di rumah untuk faedah perkembangan ilmu di kalangan ahli keluarga dan masyarakat.

Sejak rancangan Malaysia ke-9, kerajaan memang merancang untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama pada masa hadapan untuk menghadapi persaingan diperingkat lokal atau global, maka langkah mencapai status tersebut hendaklah bermula daripada sekarang dengan setiap keluarga berazam untuk mewujudkan suasana keilmuan di rumah masing-masing.

Banyak faedah yang boleh kita perolehi melalui adanya perpustakaan mini untuk keluarga di rumah. Kita bukan sahaja perlu membaca bahan-bahan bacaan yang sihat tetapi perlu menjadikan tabiat membaca sebagai amalan dan budaya kita.

Dengan adanya perpustakaan di rumah kita boleh berkumpul sesama keluarga di bilik bacaan atau di sudut-sudut bacaan, berbincang dan berhahas sesuatu isu atau masalah secara intelektual.

Anak-anak kita yang sedang belajar di sekolah menengah, kolej-kolej atau universiti boleh membuat rujukan mana yang perlu untuk kebaikan pelajaran mereka.


Manfaat Kita

Antara manafaat yang boleh kita dapat dengan mewujudkan perpustakaan mini di rumah ialah:

  • Menanam minat membaca berterusan di kalangan ahli keluarga.
  • Mendedah keluarga kepada bahan-bahan bacaan bermaklumat dan sumber ilmu pengetahuan.
  • Menanam sikap menghargai bahan bacaan dan ilmu di kalangan keluarga.
  • Meningkat kemahiran berfikir dan menganalisa sesuatu isu.
  • Menanam sikap suka membantu di kalangan keluarga dalam proses pembelajaran.

Dalam kajian Perpustakan Negara beberapa tahun lalu, hanya 29 peratus rakyat Malaysia menggunakan perpustakaan yang diwujudkan oleh kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. Yang memiliki perpustakaan di rumah hanya terdiri daripada mereka yang sukakan buku dan mengetahui serta menyedari kepentingan perpustakaan.

Pembacaan yang dimulakan di rumah merupakan titik awal untuk mewujudkan sikap sukakan buku dan ilmu. Perpustakaan keluarga di rumah adalah saluran berkesan untuk menanam minat membaca di kalangan ahli keluarga.

Perpustakaan keluarga boleh menjadi tempat penting untuk menimba ilmu di kalangan keluarga dan saluran yang amat berkesan untuk menerapkan minat cintakan ilmu. Bahan yang dibeli, dibaca atau dihasilkan oleh ahli keluarga hendaklah disusun secara sistematik untuk mudah dikesan atau dicari apabila diperlukan.

Mewujudkan masyarakat berilmu atau yang mementingkan ilmu bukan kerja mudah tetapi tidak mustahil dicapai kalau kita beriltizam melakukannya

Friday, March 5, 2010

Hari keluarga 2009

Hari keluarga 2009


Pada 20 disember satu aktiviti bersama keluarga iaitu yang dinamakan hari keluarga 2009. Alhamdulillah, daripada 52 ahli keluarga yang terdiri semua adik-beradik dan keluarga, 42 orang telah menyertai a ktiviti . Aktiviti ini yang diadakan selama tiga hari 2 malam telah berlangsung di Port Dickson merupakan hari keluarga yang pertama diadakan.



Banyak aktiviti telah dijalankan terutama yang melibatkan kanak-kanak. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah BBQ, boling kampong, sayang di saying, mengutip coklat, pancing botol, bawa bola, bola air dan pelbagai aktiviti lagi. Secara umunya objektif program Berjaya mencapai matlamatnya.

Perancangan aktiviti ini agak tergesa-gesa disebabkan beberapa masalah.Disebabkan ini juga banyak wujud kekurangan dari sudut komunikasi dan perancangan program sebagai salah seorang yang terlibat merancang program ini, kami mengucap jutaan kemaafan kepada semua ahli keluarga diatas kekurangan dan kekhilafan sepanjang menjayakan program ini.



InsyaAllah proram ini, akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan. Selain itu, kami juga merancang akan mewujudkan blog keluarga dan akaun keluarga. Diharapkan segala perancangan ini, berjalan dengan lancer. Segala sumbangan idea, kewangan dan apa bentuk bantuan ahli keluarga sekalian sangat dialu-alukan, moga segala perancangan dan usaha-usaha dijalankan dapat membentuk keluarga yang menjadikan Allah s.w.t sebagi matlamat.