keluatga sakinah

Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

Sunday, September 12, 2010

Mufidah Hawa Dan Mohd Hamdan Selamat diijabkabul



BERA 12 September- Mufidah Hawa binti Embong menamatkan zaman bujang dengan teruna pilihannya, Mohd Hamdan bin Saparwan dalam majlis akad nikah di rumahnya di Felda Tementi. Majlis telah disempurnakan oleh ustaz Abu Awang sebagai wakil wali kepada Ab.Kadir bin Embong,abang sulong Mufidah.
Dengan mas kahwin RM 22.50 dan sebentuk cincin emas, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dan diperhatikan oleh saudara mara terdekat pada pukul 3.00 petang selepas bertunang dua tahun sebelum itu.
Hamdan, 26, menjadi suami kepada Mufidah Hawa 26 anak ke sepuluh daripada tiga belas adik beradik, dengan sekali lafaz. Majlis ini hanya memenuhi perkara wajib, dan majlis walimah disebelah perempuan akan diadakan kemudian. ini merupakan pernikahan yang kedua bagi keluarga ini dalam setahun.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menghantar 7 dulang hantaran termasuk wang hantaran RM8,000 dan dibalas dengan 9 dulang oleh pihak pengantin perempuan. Keceriaan jelas terbayang pada wajah kedua-dua mempelai yang kelihatan berseri-seri dengan pakaian pengantin berwarna putih semasa akad nikah.
Ketika ditemui selepas upacara akad nikah, pasangan suami isteri itu memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hubungan pertunangan dua tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan. Pasangan ini membuat ikatan pertunangan ketika kedua-duanya masih belajar di Mesir lagi.
Sementara itu, majlis menyambut menantu akan diadakan di Shah Alam pada 25 September ini. Semoga hubungan mereka berakhir hingga kesurga-
“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin" kepada Mufidah hawa dan pasangannya.

2 comments: