keluatga sakinah

Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

Monday, December 26, 2011

Resepi Cinta Emak

Assalamualaikum...


Semoga Allah sentiasa merahmati keturunan Haji Embong bin Ismail.

Masakan daripada air tangan emak memang tiada tandingannya dan akan sentiasa dirindui dan diingati walaupun telah berumahtangga. Ia anugerah Allah kepada emak yang pernah berkongsi nyawa dengan kita. Emak yang mengandung dan melahirkan kita. Kita adalah sebahagian diri emak. Jadi tidak peliklah apabila dapat menikmati setiap masakan emak akan memutikkan rasa bahagia dan menghadirkan satu perasan yang indah kepada kita.

Bila sudah bergelar seorang isteri, saya belajar dari emak..
Saya tahu, emak memasak dengan aliran kasih sayang, kesungguhan, kegembiraan dan ketulusan hati untuk anak-anaknya. Buktinya, emak sangat bijak menggunakan sumber alam di sekeliling rumah untuk memenuhi selera setiap mulut kita. Kebanyakkan masakan emak adalah hasil dari segala apa yang emak tanam di sekeliling rumah. Emak juga masih sempat sediakan makanan santai di waktu petang dan sekaligus makanan berat untuk makan di waktu malam. Saya masih dan sedang belajar untuk setiap hari memasak seperti air tangan emak J

Dulu saya sering muncungkan mulut bila tidur saya terganggu disebabkan emak meminta ambilkan serai atau daun kunyit di halaman rumah. Kadang-kadang rasa terpaksa bila waktu bermain di waktu petang terpaksa dipendekkan kerana perlu menyiram pokok yang pelbagai samaada di keliling rumah atau di bawah tebing. Tetapi kini,saya terlalu rindu untuk mengulangi semua itu,terbayang-bayang saya dan kak Nie bersajak ‘tentang keindahan alam’ sewaktu menyiram setiap batas-batas jangung,kacang dan timun. Tersenyum saya sendirian apabila kami ramai-ramai (abang Rie,saya,abang Hassan,Pok, Payim dan adik ) beriadhah dengan menyiram pokok di sekeliling rumah dan menyapu sampah. Saat paling indah hingga membuatkan saya sering tergelak kecil apabila teringatkan kisah diri dan adik-beradik ketika menghadap makanan seisi keluarga.

Di bawah ini saya sertakan resepi cinta emak. Mengimbas kenangan semasa kecil dan remaja. Dua kali saya masak buat suami tersayang,kali pertama saya melebihkan air dan kuah menjadi agak cair macam emak selalu buat. Kali kedua, saya lebihkan ikan agar kuah lebih sedap dan pekat. Tetapi selera saya dan suami kepada kuah yang cair,hehe. Tekak saya lebih berselera dengan cara masakan emak,walaupun dulu emak lebihkan air kerana jumlah adik beradik yang ramai, jadi lebih menjimatkan ikan. Rupanya masakan emak yang penuh kasih sayang membuatkan kuah yang cair menjadi kuah yang luar biasa sedapnya J




RESEPI ROJAK BETIK


Bahan-Bahan :
Betik muda ( kalau dekat rumah emak, boleh lah petik kat pokok belakang rumah )




BAHAN UTK KUAH

1) Ikan selayang/kembong
2) Cili kering sudah dikisar
3) Nisan dan gula
4) Cuka
5) Garam secukup rasa
6) Air

Cara-cara :

Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.

Untuk membuat kuah:

Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk/blander lumat.

Masukkan air, cili kering yang dah dikisar, nisan ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.

Sendukkan 2 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yangg ditumbuk dan gaul sebati.. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.

Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

Anak ayah dan emak : Mufidah Hawa Haji Embong :)