Kenduri sebelah lelaki atau kenduri menyambut menantu telah Berjaya dilangsungkan pada 13 Jun yang lalu. Kenduri menyambung kepulangan pasangan pengantin Hassan dan Hashida dilangsungkan dirumah 143 Felda Tementi,dengan meriahnya.
Majlis yang menumbangkan seekor lembu ini, menjemput hamper sribu tetamu sekitar Tementi terutamanya. Persediaan telah dilakukan sehari sebelumnya atau dipanggil dengan rewang, pada hari rewang 3 batang pokok kalapa menjadi mangsa ditebang untuk mengambil umbuknya.
Alhamdulillah dan ucapan terima kasih pada hari rewang dengan bantuan jiran dan sanak-saudara banyak kerja dapat diselesaikan bersama untuk persiapan hari esoknya. Pada malamnya, daging lembu telah dilapah secara bergotong-royong. Majlis malam tersebut di Meriahkan dengan alunan marhaban dari penduduk kampung.
Pada hari majlis dilangsungkan, jamuan telah dimasak pada pagi tersebut secara bergotong-royong. Makanan siap di hidang pada pukul sepuluh setengah, awal sejam dari jemputan kenduri iaitu pada pukul 11 setengah hari.
Majlis diserikan lagi dengan DJ yang dijemput berserta alunan lagu-lagu nasyid. Bak kata DJ bertugas ‘ kita mendengar nasyid dab lagu-lagu dakwah.”. Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar pertugas-tugas berbaju jersi yang di sponsor oleh (abang) Yassin, diberi tugas untuk memastikan jamuan tersedia dan kebersihan.
Pada pukul satu setengah pasangan pengantin pun tiba bersama rombongan dari pihak pengantin perempuan. Agak lewat sedikit dari waktu yang dirancang. Pasangan pengantin Hassan dan Hazida segak dengan baju berwarna hijau muda. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah dengan diiringi rombongan dan lagu-lagu nasyid bertemakan perkahwinan.
Kemudian pasangan pengantin makan beradab di dalam rumah, selepas hamper sejam mejamu selera, pasangan pengantin bermesra dengan teramu yang hadir termasuk dari sanak-saudara dan sahabat handai pengantin.
Majlis berakhir pada pukul 4 petang, walau bagaimana pun masih ada tetamu yang hadir, keseluruhannya tetamu yang hadir agak ramai. Walaupun bertemu dengan tiga kenduri dalam satu kampung, namun tidak menjejas tetamu yang hadir.
bagi pihak tuan rumah mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang membantu menjayakan majlis, jiran tertangga, sanak-saudara dan kepada semua tetamu yang hadir. Alhamdulillah majlis ini bukan sahaja bertujuan menjayakan majlis untuk pasangan pengantin malahan dapat mengeratkan silaturahim antara sanak saudara yang sudah lama tidak ketemu dan yang lansung tidak pernah kenal.
Akhir kalam , seisi keluarga mengucapkan “Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin“kepadaAkhi Hassan dan pasangannya.
14 June: Saudara Hamdan telah mengikat tali pertunangan dengan bakal pasangannya. Perjanjian pertunangan ini selama setahun hidup.
P/s : Gambar tidak diletakkan lagi, gambar masih dekat abang Nazrie, insyaAllah gambar terbaik, tunggu kemunculannya.
No comments:
Post a Comment