keluatga sakinah

Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

Friday, August 24, 2012

eid mubarak 2012

assalamualaikum.. 

salam ukhuwah fillah. harap kita sentiasa dilimpahi dengan rahmat Allah.. amin. 
alhamdulillah, kita baru je habis menunaikan ibadah puasa pada bulan yang penuh barakah, bulan ramadhan. kita sekarang dah sambut raya.. apakah perasaan anda semua? ceh. macam soalan periksa pulak kan. 

alhamdulillah, raya tahun ni seronok sangat.. meriah sungguh. tapi sedih bagi mereka yang x boleh balik. mesti sedih kan.. biasa la tu kan. yang penting mereka duk beraya bersama-sama.. jum kita tgok orang perantau beraya. 



haaa.. terubat la rindu kami yang berada di kampung untuk melihat mereka-mereka ni.. mesti si kembar yang comel tu rindu kan kami. hehe.. ok la. jom kita bercerita keadaan beraya di kampung.. sehari sebelum raya da penuh rumah. koi ni sokmo la balik awal. iftar terakhir untuk tahun ni meriah. penuh dapur mak. macam-macam lauk ada. mahu apa??? ada 1 yang koi snap. jom kita tengot sat. 
husna nak apa tu?


meriahkan.. tambahan pula budak kecil tu yang duk sibuk nak berbuka. macam dia pulak puasa. hehhe.. 

lepas berbuka belaka sibuk nak bersihkan badan dan terus pergi solat maghrib berjemaah. alhamdulillah. pukul 8.30 pengumuman raya pun diumumkan. ha.. melompat belaka. esok rayaaaaaaaaa,.. 
maka berlansung la acara menyediakan persiapan untuk raya bagi keluarga embong usrahti. eh. sebelum tu solat isyak dan bertakbir bagi memuji kebesaran Allah. alhamdulillah. 

yang paling bahagia dalam rumah tu semestinya mak kita. mak pun apa lagi, mula la buat tapai, anyam ketupat (buat siang). ha.. anyam ketupat memang susah.. dah 3 tahun belajar masih tak pandai2 lagi. yang pandainye menantu mak(k.zana) laju je tengok tangan dia menganyam.. huhu. kami yang tak pandai ni duk la buat tapai dengan ketupat pulut. tu je la yang kami mampu buat.. bagi hero-hero yang ada kat rumah mereka-mereka cuma duk siapkan tempat untuk bakar sate dan rebus ketupat. ha.. malam tu sememangnya sangat sibuk. chef-chef sibuk membuat rendang. 

ha. lupa nak beritahu. sate tahun ni ada tambahan.. biasanya sate daging dengan sate ayam je. tapi tahun ni lain sikit.. ada sate daging arnab.. ha kan.. best tu.. tapi tak banyak la. terbaik la sate tahun ni. jom kita tengok ye.. 
sateee.. oh.. sateee

wahhh dia kah yang membakar?

ni la yang mampu saya buat.. 

mak buat,, 

ala.. tapai tak snap pulak. x dapat la nak tunjuk dekat sini.. takpa kan, semua da tahu. hehe

keesokkan harinya kami semua bangun awal. semangat nak beraya.. puan maiza pukul 4 da bangun untuk menyiapakan juadah di pagi 1 syawal. ha. semangatkan? menu kita pagi raya adalah nasi minyak, sate, rendang. ketupat.. sedap.. sedap.. hehe.gambar makanan xde. tapi orang yang makan tu ada.. menunjukkan kesedapan makanan tersebut. hehe. 


ha. ni je yang jumpa. 

pagi raya semua nya cantik-cantik dan segak-segak.. ok.. bersiap to pray solat raya. 

macam kumpulan nasyid pulak.. 

bang, tunggu sape ye?

jom cepat.. husna nak solat. 

selepas sembahyang raya, ini lah waktu yang dinantikan si comel di rumah.  bermaaf-maafan sambil tu dalam hati masing(yeayyy, dapat duet raya).. jom tengok reaksi comel-comel di rumah.. 

sape nak duet raya. cepat beratur. 

husna orang pertama dapat duet raya

terima kasih pok. maafkan eisya sebab selalu je buli pok.. hehe

eh.. puan maiza pulak yang beria sengeh.. cikde, maafkan afiq.. afiq selalu buat cikde marah, cikde masak sedap.. hehe. 

tok, maafkan man, doakan man berjaya.. 

berapa lah duet raya ni dapat.. ish.. pok ni bagi sikit.. 

abi.. husna dapat banya duet. abi jangan ambik.. duet husna tu.
ad,maafkan aku ye, selalu ngutuk mu.. haris: buat2x tau, nanti duet abis. huhu

pok, maafkan anak sedare mu yang selalu ngutuk n termengumpat mu. aku nak duet raya.. hiihihi.. x sabar nak dapat sampul"hijau ke putrajaya"
aktiviti yang seterusnya, menziarahi kubur arwah ayah. semoga ayah ditempatkan orang2 yang beriman.. gambar tak da.. dekat puan mufidah ada la.. 

haaaa... comel kan.. eh. yang bawah tu acane.. kecil ke.. besau-besau da ni.. ok la.. jom kita semua tengok gambar-gambar yang ada ye.. 

say "eid mubarak to all"

sebelum bergambar, eh. puan maiza dan puan mufidah, bukan main lagi ye. 

bergaya x kami.. kami lah jejaka-jejaka macho.. "hoh, perasan suda"

orang-orang penting

sapa yang comey.. husna laaaa. 

anak abi... budak comey.. kena cubit pipi dengan abi sokmo. 

orang tak datang la, xpe lah, biar raudhah yang jadi tetamu. hehe

saya la ratu kebaya, eh.. mana la orang ni.. husna da penat tunggu. 
petang tu ada pula selingan aktiviti baru. hehe.. nak tau apa aktiviti dia.. huhu
aktiviti mengait petai.. goo.. 

model petai.. hehhe.. ok tak?

ni pengarah.. ha... 


alhamdulillah, kita semua dapat berkumpul dengan penuh meriah,, semoga segala amalan kita diberkati.. semoga keluarga kita sentiasa dilimpahi rahmat-Nya

p/s: yang beraya jom la berkongsi cerita dengan kami semua. mesti ada yang menarikkan. 





1 comment:

  1. Wynn Casino and Resort | DrmCD
    The Wynn 상주 출장샵 Hotel is one of the 김천 출장샵 finest 성남 출장샵 in Las 안양 출장마사지 Vegas. 태백 출장안마 Built to withstand the pressures of COVID-19, guests enjoy exceptional service,

    ReplyDelete