keluatga sakinah

Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

Friday, September 2, 2011

raya 2011


Alhamdulillah... Raye tahun ini meriah jugak.. Walaupun ade family yang tak balik. Tahun ni tak banyak sesi bergambar sebab photographer (Abang Rie) tak de.. Raye dekat Jengka.. Dekat rumah yang ada masa first raye semestinya adik yang bongsu ni.. hehehe Jannah.. Abang long sekeluarga, Abang Mail sekeluarga, Kak Yah sekeluarga beraya di Terengganu.. Abang Lim sekeluarga turut serta di Tementi.. Tahun ni Kak Maiza bukan di Terengganu ye.. di Tementi..yeay!! Mohd Imad Syahir suka sangat,hehehe.. Abang Hamdan dan kak ina (keluarga baru kami) di Rentam tetapi disebabkan dekat, pagi-pagi raya pun dah muncul,hehehe.. Kak Nie sekeluarga juga di Tementi.. Abang Hassan sekeluarga terpaksa beraya di Kuantan kerana ada kecemasan.. Baby Husna tetap bahagia sebab dapat berjalan,hehehe. Petang husna balik Tementi.. Kak Dah sangat gembira beraya di Tementi bersama dia punye hubby,hehehe.. Abang pok dan Abang Ibrahim semestinya beraya di Tementi sebab belum tiba masanya bahagi jadual beraya :).. Semestinya saya yang last sekali beraya di Tementi.. seronok sangat..









Bila menjelang pagi raya menu utama yang dicari oleh anak sedara ku ialah sate.. wahh.. Saya makan sikit je.. Tak sempat.. Tahun depan kena tambah ayam lagi.. Nanti kena cari orang support ye untuk beli ayam :).. Ketupat dan rendang buat sendiri.. Tapi lemang disebabkan tak larat nak jaga so, beli je la.. Tu pun tak habis cos lemang orang makan sikit je. Mak semestinya buat tapai.. tapi sy kurang minat,hehe.



Kueh raya tahun ni banyak tunjuk je.. Cume k.Nie termasuk si kembar yang comel tu (Amni dan Auni) sebagai pengacau yang buat sendiri,hehehe.. tapi.. dengar citer Imad pun buat kueh juga.. ok la rasanya,huhuhu.not bad... Tahun depan kena bua banyak sikit.. Boleh mak sedara Imad ni merasa,hehe.

Pagi tu aku kena kemas rumah sebab malam tu aku tidur awal.. Ingat nak baring-baring je. Rupenye tertidur sampai pagi,huhu.. Pagi tu dah kena bebel, tapi tak kisah la.. Yang penting cantik juga dengan sarung kusyen yang baru beli.. Menyerlah rumah saya..kemas-kemas.. Balik hero-hero, habis rumah aku,hahaha.. tak kisah la.. apepun semua hepi..






Pagi pergi sembahyang raya.. Lepas sembahyang raya semua berkumpul termasuk aku yang masih belajar mengutip duit raya dari abang-abang dan kakak-kakakku,hehehe.. soronok sangat-sangat.. Dapat duit raya.. Aku kan masih kecik lagi :).. Anak-anakk sedara aku yang lain sibuk mengira duit raya.. Bahagia je walaupun dapat 2 ringgit.. ok la..











Lepas dapat duit raya kami anak beranak pergi melawat kubur Allahyarham ayah.. sedih sangat.. Daa lama aku tak pergi melawat Allahyarham ayah.. Alhamdulillah kitorang beramai-ramai sedekahkan bacaan yassin dan doa untuk ayah.. Semoga Allahyarham ayah dicucuri dengan rahmat Ilahi dan diampunkan segala dosa.. amiin..








Lepas ke kubur, kami ke rumah mak mertua abang Hamdan dekat Felda Rentam.. Borak lama la juga .. Lepas tu kitorang pergi jauh sikit ke rumah kak Lin.. Ambil peluang untuk melawat ayah kak Lin yang sedang sakit.. Kami semua berharap agar cepat sembuh..










Petang tu kitorang tak pergi mana-mana pun. Berehat di rumah menunggu tetamu.. Ade juga yang pergi kerumah jiran yang terdekat.. Alhamdulillah,kami sekeluarga sangat gembira... Begitu la kisah keluarga kami di hari raye 2011... Semoga tetap bahagia dan keluarga kita diredhai Allah.



4 comments:

  1. Kisah hari ke-2 xnk cite ke??hehe

    ReplyDelete
  2. Kisah seorang artis tak nak cerita ke? hari kedua serah kat shuhaib buat, semua setujukan hehe

    ReplyDelete
  3. k ni ada gambar buka puasa n gambar makanan,camner nak post

    ReplyDelete
  4. eh... suhaib.. raya kedua byk story.. hehhe

    ReplyDelete