keluatga sakinah

Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

Tuesday, May 15, 2012

KERTAS KERJA HARI KELUARGA EMBONG & MAIMUNAH KE-2


1.0       PENDAHULUAN

Hari keluarga Embong dan Maimunah Ke-2   merupakan salah satu aktiviti rasmi bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara Ahli Keluarga Embong & Maimunah. Program ini merupakan program kedua selepas pernah diadakan pada tahun 2009. Program  ini penting kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu,dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik dan bercita-cita membentuk masyrakat yang menjadi tunjuk tertubuhnya negara yang diimpikan Baldatun thayyibatun warabbun ghafur. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform untuk ahli keluarga belajar menganjurkan dan menguruskan sesuatu program. Antara pengisian  ini meliputi aspek kerohanian dan sukan.


2.0       OBJEKTIF

2.1 Mengeratkan lagi semangat persaudaraan dan semangat kesukanan dalam kalangan ahli.
2.2 Menambahkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas dalam aspek teknikal dan mahupun penganjuran sesuatu pertandingan.
3.3 Memahami tentang peraturan, pengurusan pertandingan dan cara pengadilan dalam acara sukaneka.
4.4 Menjana idea mengenai aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh ahli keluarga.
5.5 Memupuk nilai-nilai murni di kalangan anggota pasukan seperti bekerjasama, tolong-menolong dalam mencapai objektif pasukan.
6.6 Menjadikan hari keluarga ini sebahagian daripada acara tahunan di dalam kalendar keluarga.

3.0       TARIKH Tarikh : 26-27 Mei 2012 (Sabtu dan Ahad)

4.0       TEMPAT Kampung Chepoh dan Air Terjun Sekayu

5.0       PENGANJUR Sekreteriat Keluarga Embong-Maimunah.

6.0       PENYERTAAN
Semua Ahli Keluarga :
6.1 Jumlah dewasa :  orang
6.2 Jumlah kanak-kanak :  orang 
6.3 Jumlah keseluruhan : 58 orang

7.0       HAL-HAL LAIN. 
Pihak Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah perkara-perkara yang dirasakan sesuai bagi menjalankan pertandingan sukaneka ini dengan licin dan berkesan.

8.0       JAWATANKUASA HARI KELUARGA
lampiran A

9.0       ANGGARAN PENBELANJAAN
lampiran B

10.0     TENTATIF PROGRAM
lampiran C

11.0         PENUTUP           
Adalah di harapkan program HARI KELUARGA EMBONG & MAIMUNAH KE-2 ini akan berjalan lancar sepertimana yang dirancang.  Kejayaan dan kegagalannya bergantung kepada komitmen dari semua pihak terutama kerja keras dari semua ahli jawatankuasa dan Semua ahli keluarga.  Tidak ada sesuatu yang sukar dilaksanakan sekiranya semua yang terlibat mengambil bahagian sesuai dengan matlamat dan objek yang kita ingin capai.

Sekian

Disediakan Oleh :                                                 


………………………..                                                 
(  MASYITAH NUR JANNAH
DI BANTU ABU KHUZAIFAH)


Lampiran A
JAWANTAKUASA PROGRAM

PENASIHAT :          Hajah Maimunah @ Nafisah Binti Mohd
                                Abd Kadir Bin Embong
PENGARAH :           Musaab Bin Abd Kadir
Timb PENGARAH : Mazni Safiah Binti Embong
SETIAUSAHA :         Masyitah Nur Jannah Binti Embong 
BENDAHARI :          Mufidah Hawa Binti embong
Timb BENDAHARI : Mariam Jameelah Binti Abd Kadir
  
UNIT PROGRAM 
Abu Khuzaifah Bin Embong
Shuhaib ar-Rumy Bin Ismail
Nur Izzati Binti Abd Kadir

UNIT KEROHANIAN
Haji Ismail Bin Embong
Abd Halim Bin Embong
Mohd Harris Bin abd Kadir

UNIT JAMUAN 
Mohd Nazri Bin Embong
Maizatul Akmal Binti Embong

LOGISTIK, KENDERAAN DAN KESELAMATAN
Mariah Binti Embong
Hassan Bin Embong Ibrahim Bin Embong
Nur Hafizah solehah binti ashaari

TEKNIKAL DAN TUGAS-TUGAS KHAS
Hamdan Bin Embong 
Muzakir bin Abd kadir
Majza'ah as-syahid Bin Ismail
Syayidah Nafisah binti Ismail


Lampiran B : ANGGARAN PERBELANJAAN
 ANGGARAN  PENDAPATAN                                                   


Sumbangan Wajib (Adik Beradik)
 13 x 60 : RM 780.00

2.Sumbangan lain-lain
( Sumbangan lebih Ahli keluarga dan termasuk anak saudara seperti Mariam dan Harris juga menantu jika ada)
RM 1000.00
JUMLAh keseluruhab : RM 1,780.00 


ANGGARAN  PENBELANJAAN

2.Minum Pagi Makan Tengahari Makan Malam
58 orang x RM 20 = RM 1160.00

3.Teknikal
RM120.00

3.Sewaan Tempat
RM300.00

4. Hadiah Pertandingan
RM200.00

5.Luar Jangka
RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 1,780.00 


Lampiran C
ATURCARA PROGRAM

HARI PERTAMA : 26 MEI 2012
MASA

8.00 Pagi. : Bertolak dari Kuantan

12.30 Tengahari – 2.30 Petang:  Sampai Di Terengganu , Solat dan Makan Tengahari

2.30 Petang – 5.30 Petang: Ziarah Saudara dan menyelesaikan isu tanah
Minum Pagi

5.30 Petang – 6.40 Petang : Ziarah saudara dan Bersantai (Mandi Sungai ATAU MANCING)

6.40 Pagi – 8.30 Malam  : Kendiri, Solat Mahgrib, Solat Insyak Dan Tazkirah Ringkas

8.30 Malam– 9.00 Malam :  Makan Malam

9.00 Malam – 10.00 Malam : Pengenalan Program dan TaaruF

HARI KEDUA : 27 MEI 2012

5.30 Pagi : Kendiri, Solat Maghrib dan Tazkirah

8.00 Pagi: Bertolak ke Sekayu

10.00 pagi  – 12.30 Tengahari : Sukaneka

12.30 Petang – 2.30 Petang: Makan, solat & tazkirah Ringkas dan Mandi

2.30 Petang – 6.40 Petang : Sukaneka dan Aktiviti

6.40 Pagi – 8.30 Malam : Kendiri, Solat Mahgrib, Solat Insyak Dan Tazkirah Ringkas

8.30 Malam– 10.30 Malam : BBQ dan Santai (SLOT IMPIAN)


coretan: masyitah nur jannah embong

Wednesday, April 18, 2012

walimatul Urus II

Alamak! macamne nak angkat khemah ni??


Assalamualaikum..

Semoga Allah sentiasa merahmati dan melimpahkan barakah kepada keturunan Haji Embong bin Ismail.

Aktiviti pasang khemah beramai-ramai sangat meriah, semuanya sumbangan tenaga dari jiran,abang-abang dan anak sedara yang baik hati :) Bersungguh-sungguh mereka melakukan kerja di pagi hari yang nyaman itu.



Cik Hasan : Eh Akir, larat ke nak angkat sorang tu?

Amir : rasa macam ringan pulak angkat khemah ni,hehe


Meriah, semua orang buat kerja sama-sama..


Shuhaib : cepat angkat,nak letak besi ni :)


Ayah ngoh : ok, dah boleh letak batang besi tu..

Ayah De & Cik yasin semangat betulkan khemah


Khemah ni macam senget je..(haha)

Pok : aik! nak buat apa tangga tu???


Musaab : Nak letak kipas la,nanti panas plak tetemu :)


Alhamdulillah ( apa yang penting KERJASAMA)

Seronok melihat semuanya bersemangat memasang khemah, masing-masing mengambil peranan apa sahaja yang boleh mereka lakukan. Aktiviti ini dapat lagi mengikatkan tali persaudaraan di antara kita dan dapat memberi ilmu kehidupan yang baru kepada anak-anak saudara yang masih jauh lagi perjalanan kehidupan.

Semoga apa sahaja yang kita semua lakukan dikira amal soleh (perbuatan yang baik) di sisi Allah dan kita semua di dalam redha Allah,insya Allah :)

“...Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’ :ayat 1)

Ditulis oleh pengantin yang dirai : Mufidah Hawa haji Embong:)

Wednesday, April 11, 2012

organisasi keluarga..

salam ukhuwah.
information to all family embong.
organisasi yang di ambil melalui facebook siap di susun. ade sebarang kelemahan sila beritahu ok. maklum la x pernah lagi melakukan kerja camni..

Pengerusi:
musaab

timb.pengerusi:
mazni safiah

bendahari:
mufidah hawa

timb.bendahari:
mariam jameelah

setiausaha:
masyitah nur jannah

ketua program:
abu khuzaifah

logistik:
hafizah solehah/ maizatul akmal

jamuan:
mohd nazri

kenderaan/keselamatan:
hassan / ibrahim

ajk:
izzati/harris/shuhaib.

kepada ahli keluarga yang lain, jangan duduk diam.. bantu kami di sini. hehe. saya memohon maaf jika ada kesilapan. apa yang di tulis mengikut persetujuan semua.

Sunday, April 1, 2012

Walimatul urus I



Assalamualaikum..

Semoga Allah sentiasa merahmati dan melimpahkan barakah kepada keturunan Haji Embong bin Ismail.

Alhamdulillah, 23 Januari 2012 (isnin) bersamaan 29 safar 1433 keluarga besar Haji Embong telah mengadakan walimatus urus buat pasangan Mufidah Hawa dan Mohd Hamdan (saat itu,sudah satu tahun 4 bulan 11 hari melayari baitulmuslim). Semoga dengan penyatuan dua jiwa ini, akan lahir rumahtangga muslim yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. Juga menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalan untuk di lalui oleh mereka yang mencari sinar kehidupan. Diharapkan dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah yang bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat kepada Islam yang syumul. Semoga amanah ini dapat keluarga besar kita pikul dengan bantuan dan rahmat Allah.


Aktiviti malam sebelum kenduri sangat meriah, walaupun masing-masing masih kepenatan kerana terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang panjang(biasala cuti raya cina). Semua membuat kerja dengan penuh ceria.

Tekun dan penuh dedikasi :)

apa yang penting kerjasama :)


yeay,hampir siap...

Mug,hasil tangan orang besar-besar sahaja :)

Hero-hero yang bertungkus lumus ^_^


Baby fateh (dalam perut) tolong ummi&abi goreng ayam

best la ratah ayam goreng panas-panas ni :)


geng orang tua&orang muda bercerita..



Ditulis oleh pengantin yang dirai : Mufidah Hawa haji Embong:)

Wednesday, March 21, 2012

:: Anak-anak Syurga ::



Assalamualaikum..
Semoga Allah sentiasa merahmati keturunan "Embong Usrahti".
17 mac 2012, Alhamdulillah anak-anak syurga ini dapat berkumpul dan bertemu geng masing-masing. Jelas dapat dilihat di wajah mereka tersenyum seperti pisang sedang masak ranum,hehe. Berlari ke sana kemari sambil bergelak ketawa. Anak-anak syurga ini melompat-lompat dengan girang bagaikan ingin memberitahu dunia bahawa mereka kini bahagia,yeay holiday :)

Apa sahaja boleh dijadikan permainan :)


Alamak,dah kena tangkap plak,huhu..

Pelbagai aksi anak-anak syurga ini yang mencuit hati,yang belum mempunyai 'kaki sendiri' pula sering beralih dari tangan ke tangan. Ada masa,habis merah pipi dicubit dek kegeraman. Tidak kurang juga 'lunyai' pipi digomel untuk dicium.. Sabar ye sayang,kalian memang anak-anak syurga, kami menumpang rahmat dari kalian.

Si comel baju merah itu geram melihat kek :)

Siapa yang selalu cubit pipi saya ye?

Tolongggg lepaskan saya :)

Masya Allah,anak-anak syurga ini dikejutkan dengan kek special sempena hari lahir masing-masing,walaupun ada yang sudah lepas dan belum tiba lagi tarikhnya, semua menyanyi dengan gembira "happy birthday to me",hehe.. Semoga kalian semua membesar dengan sihat sebagai hamba Allah yang baik dan cemerlang.

Wah,semua orang sambut birthday hari yang sama :)

Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Me.....(semua ketawa)

makan sama-sama..


Duhai anak-anak syurga :
Allah sayang kepada kalian dan Rasulullah s.a.w juga kepada kalian..
Jadi Allah dan Rasulullah s.a.w juga sayang kepada semua orang yang menyayangi kalian.

Hidup di dunia ini sekejap sahaja..
Sekarang kalian kecil (tiada dosa), tidak lama kemudian kalian akan dewasa dan tiba masanya Allah akan ambil nyawa kita semua..
Jadi,semasa kita berada di dunia ini,
kita perlu buat kebaikan yang banyak,
supaya Allah sentiasa sayang kepada kita dan kita dapat masuk syurga Allah.



Anak-anak syurga: " jangan lupa masukkan dalam facebook ye "


Kholah (makcik) yang mengharap syurga : Mufidah Hawa Haji Embong :)



Monday, December 26, 2011

Resepi Cinta Emak

Assalamualaikum...


Semoga Allah sentiasa merahmati keturunan Haji Embong bin Ismail.

Masakan daripada air tangan emak memang tiada tandingannya dan akan sentiasa dirindui dan diingati walaupun telah berumahtangga. Ia anugerah Allah kepada emak yang pernah berkongsi nyawa dengan kita. Emak yang mengandung dan melahirkan kita. Kita adalah sebahagian diri emak. Jadi tidak peliklah apabila dapat menikmati setiap masakan emak akan memutikkan rasa bahagia dan menghadirkan satu perasan yang indah kepada kita.

Bila sudah bergelar seorang isteri, saya belajar dari emak..
Saya tahu, emak memasak dengan aliran kasih sayang, kesungguhan, kegembiraan dan ketulusan hati untuk anak-anaknya. Buktinya, emak sangat bijak menggunakan sumber alam di sekeliling rumah untuk memenuhi selera setiap mulut kita. Kebanyakkan masakan emak adalah hasil dari segala apa yang emak tanam di sekeliling rumah. Emak juga masih sempat sediakan makanan santai di waktu petang dan sekaligus makanan berat untuk makan di waktu malam. Saya masih dan sedang belajar untuk setiap hari memasak seperti air tangan emak J

Dulu saya sering muncungkan mulut bila tidur saya terganggu disebabkan emak meminta ambilkan serai atau daun kunyit di halaman rumah. Kadang-kadang rasa terpaksa bila waktu bermain di waktu petang terpaksa dipendekkan kerana perlu menyiram pokok yang pelbagai samaada di keliling rumah atau di bawah tebing. Tetapi kini,saya terlalu rindu untuk mengulangi semua itu,terbayang-bayang saya dan kak Nie bersajak ‘tentang keindahan alam’ sewaktu menyiram setiap batas-batas jangung,kacang dan timun. Tersenyum saya sendirian apabila kami ramai-ramai (abang Rie,saya,abang Hassan,Pok, Payim dan adik ) beriadhah dengan menyiram pokok di sekeliling rumah dan menyapu sampah. Saat paling indah hingga membuatkan saya sering tergelak kecil apabila teringatkan kisah diri dan adik-beradik ketika menghadap makanan seisi keluarga.

Di bawah ini saya sertakan resepi cinta emak. Mengimbas kenangan semasa kecil dan remaja. Dua kali saya masak buat suami tersayang,kali pertama saya melebihkan air dan kuah menjadi agak cair macam emak selalu buat. Kali kedua, saya lebihkan ikan agar kuah lebih sedap dan pekat. Tetapi selera saya dan suami kepada kuah yang cair,hehe. Tekak saya lebih berselera dengan cara masakan emak,walaupun dulu emak lebihkan air kerana jumlah adik beradik yang ramai, jadi lebih menjimatkan ikan. Rupanya masakan emak yang penuh kasih sayang membuatkan kuah yang cair menjadi kuah yang luar biasa sedapnya J




RESEPI ROJAK BETIK


Bahan-Bahan :
Betik muda ( kalau dekat rumah emak, boleh lah petik kat pokok belakang rumah )




BAHAN UTK KUAH

1) Ikan selayang/kembong
2) Cili kering sudah dikisar
3) Nisan dan gula
4) Cuka
5) Garam secukup rasa
6) Air

Cara-cara :

Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.

Untuk membuat kuah:

Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk/blander lumat.

Masukkan air, cili kering yang dah dikisar, nisan ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.

Sendukkan 2 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yangg ditumbuk dan gaul sebati.. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.

Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

Anak ayah dan emak : Mufidah Hawa Haji Embong :)


Thursday, November 3, 2011

fruit


blog ni kenapa x aktif sangat. tak pe la. saya sebagai anak bongsu dalam keluarga ni saje je nak tulis blog ni. hehehe. dalam sebulan duduk dekat rumah a.k.a felda tementi macam2 saya dapat makan buah. buah ni memang kegemaran la.. lagi pun memang bagus untuk kesihatan. buah yang selalu saya makan adalah buah kegemaran saya iaitu buah mempelam. memang sedap bila makan dengan kicap a.k.a colek. sesiapa yang tak dapat balik dan berminat jangan jeles tau. rasanya sekarang masih ade lagi. tapi kalau takda tu maaf la.. bukan rezeki la.



masa abg san ade dekat rumah mak suruh ambik petai kat tepi jalan. banyak la petai kat rumah tu.. so.. dapat la kitorang makan nasi dengan lauk sampingan 'petai'.. masa abang san nak balik mak bagi abg san pisang. memang banyak pisang dekat rumah ni..cume tunggu masak je la kalau nak makan..






dalam seminggu duduk rumah mak ambik buah durian belanda. besar la jugak. tapi tak masak lagi. dalam 3 hari baru masak. puas nak abis kan dengan mak.. tiap2 ari la mengadap makan durian belanda.. sedap sangat..



rambutan sekarang tengah berbuah.. ade la yang masak 2 3 bijik.. petang tu duduk borang dengan siti, adik pun ambik la. kebetulan amir dengan eisya ada. jadi dapat la diorang merasa buah rambutan. sedap la jugak. tapi disebabkan selalu makan tak la terliur sangat.




ha.. mesti semua terliur kan.. hehe. seronok bila duduk kat kampung. nak makan buah ambik je dkat luar rumah..