keluatga sakinah

Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Walimatul urus I



Assalamualaikum..

Semoga Allah sentiasa merahmati dan melimpahkan barakah kepada keturunan Haji Embong bin Ismail.

Alhamdulillah, 23 Januari 2012 (isnin) bersamaan 29 safar 1433 keluarga besar Haji Embong telah mengadakan walimatus urus buat pasangan Mufidah Hawa dan Mohd Hamdan (saat itu,sudah satu tahun 4 bulan 11 hari melayari baitulmuslim). Semoga dengan penyatuan dua jiwa ini, akan lahir rumahtangga muslim yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. Juga menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalan untuk di lalui oleh mereka yang mencari sinar kehidupan. Diharapkan dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah yang bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat kepada Islam yang syumul. Semoga amanah ini dapat keluarga besar kita pikul dengan bantuan dan rahmat Allah.


Aktiviti malam sebelum kenduri sangat meriah, walaupun masing-masing masih kepenatan kerana terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang panjang(biasala cuti raya cina). Semua membuat kerja dengan penuh ceria.

Tekun dan penuh dedikasi :)

apa yang penting kerjasama :)


yeay,hampir siap...

Mug,hasil tangan orang besar-besar sahaja :)

Hero-hero yang bertungkus lumus ^_^


Baby fateh (dalam perut) tolong ummi&abi goreng ayam

best la ratah ayam goreng panas-panas ni :)


geng orang tua&orang muda bercerita..



Ditulis oleh pengantin yang dirai : Mufidah Hawa haji Embong:)

Wednesday, March 21, 2012

:: Anak-anak Syurga ::



Assalamualaikum..
Semoga Allah sentiasa merahmati keturunan "Embong Usrahti".
17 mac 2012, Alhamdulillah anak-anak syurga ini dapat berkumpul dan bertemu geng masing-masing. Jelas dapat dilihat di wajah mereka tersenyum seperti pisang sedang masak ranum,hehe. Berlari ke sana kemari sambil bergelak ketawa. Anak-anak syurga ini melompat-lompat dengan girang bagaikan ingin memberitahu dunia bahawa mereka kini bahagia,yeay holiday :)

Apa sahaja boleh dijadikan permainan :)


Alamak,dah kena tangkap plak,huhu..

Pelbagai aksi anak-anak syurga ini yang mencuit hati,yang belum mempunyai 'kaki sendiri' pula sering beralih dari tangan ke tangan. Ada masa,habis merah pipi dicubit dek kegeraman. Tidak kurang juga 'lunyai' pipi digomel untuk dicium.. Sabar ye sayang,kalian memang anak-anak syurga, kami menumpang rahmat dari kalian.

Si comel baju merah itu geram melihat kek :)

Siapa yang selalu cubit pipi saya ye?

Tolongggg lepaskan saya :)

Masya Allah,anak-anak syurga ini dikejutkan dengan kek special sempena hari lahir masing-masing,walaupun ada yang sudah lepas dan belum tiba lagi tarikhnya, semua menyanyi dengan gembira "happy birthday to me",hehe.. Semoga kalian semua membesar dengan sihat sebagai hamba Allah yang baik dan cemerlang.

Wah,semua orang sambut birthday hari yang sama :)

Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Me,
Happy Birthday To Me.....(semua ketawa)

makan sama-sama..


Duhai anak-anak syurga :
Allah sayang kepada kalian dan Rasulullah s.a.w juga kepada kalian..
Jadi Allah dan Rasulullah s.a.w juga sayang kepada semua orang yang menyayangi kalian.

Hidup di dunia ini sekejap sahaja..
Sekarang kalian kecil (tiada dosa), tidak lama kemudian kalian akan dewasa dan tiba masanya Allah akan ambil nyawa kita semua..
Jadi,semasa kita berada di dunia ini,
kita perlu buat kebaikan yang banyak,
supaya Allah sentiasa sayang kepada kita dan kita dapat masuk syurga Allah.



Anak-anak syurga: " jangan lupa masukkan dalam facebook ye "


Kholah (makcik) yang mengharap syurga : Mufidah Hawa Haji Embong :)



Tuesday, October 4, 2011

puasa

sebelum raya kita sebagai umat islam mesti menunaikan ibadah wajib.. ibadah puasa.. seronok jga.. kami sekeluarga banyak berkumpul bile nak dekat raya.. yela.. awl raya kami x banyak masa.. masing2 sibuk dengan kerjaya.. kadang-kadang je kami ambik masa hujung minggu untuk pulang ke kampung halaman. menemani mak di tementi. seronok bila berbuka puasa sama ngan mak.. macam-macam mak masak. hehe

bila nak dekat raya kami semua mengambil kesempatan untuk berkumpul.. ok.. aku pulang ke rumah bersama dengan abg hassan dan ibrahim. kami lalu negeri sembilan.. di tepi2 jalan macam orang negeri sembilan jual.. lemang, itik salai dan macam-macam lagi.. abg hassan cadang nak beli itik salai.. so kami singgah untuk membeli. mahal juga harga itik salai. tapi x kisah la. untuk makan bersama family, tambah-tambah untuk mak saya yang tercinta.

sampai di rumah, abu khuzaifah sudah sampai di rumah. hari tu x ramai orang kat rumah. cuma kami je. petang tu bahagia kami berbuka puasa.. maafla. x berapa ingat ape yang kami buat.

keesokkan harinya rumah makin bertambah ahli. wajah mak makin berseri-seri.. bkan senang nak tengok kami adik beradik berkumpul.. dengan cucu-cucu yang ramai.. ha.. ni paling best. bila hero-hero kami balik. ape yang diorang nak buat.. haha. belakang rumah kan ade paya. so. diorang nak pergii mancing. yang jadi mangsa mesti la pak sedara diorang, abu khuzaifah. so. terpaksa la pak sedara diorang ni mengikut. nak tengok ank saudara dia gembira balik kampung.
dapat ikan kecik-kecik je.. layan je la budak-budak ni. seronok juga.

puteri-puteri x ramai. diorang hanya duduk dalam rumah. ade juga yang mengikut hero-hero memancing. kami yang da besar ni duduk rumah je la.. hehhe. tapi saya pergi keluar pulak. beli barang sikit.. balik rumah dengan anak sedara yang sulung, mariam jameelah dan adiknya, haris. samapi rumah, memang ramai. seronok sangat. tambah-tambah anak-anak saudara ku yang kecil-kecil. seronok berjumpa sepupu-sepupu mereka. habis satu rumah diorang berlari. malam raya lagi diorang seronok. saat yang diorang tunggu, iaitu "esok raya". hehe. macam-macam diorang cerita. main mercun dan bunga api.. kami sibuk membuat penyediaan untuk raya. budak-budak kecik sibuk nak buat sate. bukan ape nak makan la tu. membodek je keje nye. hahha.. ok la. x tau nak tulis ape lagi. x berapa ingat.

p/s: ade sesiapa boleh tolong edit. letak gambar ye. untuk tatapan kita semua..

Friday, September 2, 2011

raya 2011


Alhamdulillah... Raye tahun ini meriah jugak.. Walaupun ade family yang tak balik. Tahun ni tak banyak sesi bergambar sebab photographer (Abang Rie) tak de.. Raye dekat Jengka.. Dekat rumah yang ada masa first raye semestinya adik yang bongsu ni.. hehehe Jannah.. Abang long sekeluarga, Abang Mail sekeluarga, Kak Yah sekeluarga beraya di Terengganu.. Abang Lim sekeluarga turut serta di Tementi.. Tahun ni Kak Maiza bukan di Terengganu ye.. di Tementi..yeay!! Mohd Imad Syahir suka sangat,hehehe.. Abang Hamdan dan kak ina (keluarga baru kami) di Rentam tetapi disebabkan dekat, pagi-pagi raya pun dah muncul,hehehe.. Kak Nie sekeluarga juga di Tementi.. Abang Hassan sekeluarga terpaksa beraya di Kuantan kerana ada kecemasan.. Baby Husna tetap bahagia sebab dapat berjalan,hehehe. Petang husna balik Tementi.. Kak Dah sangat gembira beraya di Tementi bersama dia punye hubby,hehehe.. Abang pok dan Abang Ibrahim semestinya beraya di Tementi sebab belum tiba masanya bahagi jadual beraya :).. Semestinya saya yang last sekali beraya di Tementi.. seronok sangat..









Bila menjelang pagi raya menu utama yang dicari oleh anak sedara ku ialah sate.. wahh.. Saya makan sikit je.. Tak sempat.. Tahun depan kena tambah ayam lagi.. Nanti kena cari orang support ye untuk beli ayam :).. Ketupat dan rendang buat sendiri.. Tapi lemang disebabkan tak larat nak jaga so, beli je la.. Tu pun tak habis cos lemang orang makan sikit je. Mak semestinya buat tapai.. tapi sy kurang minat,hehe.



Kueh raya tahun ni banyak tunjuk je.. Cume k.Nie termasuk si kembar yang comel tu (Amni dan Auni) sebagai pengacau yang buat sendiri,hehehe.. tapi.. dengar citer Imad pun buat kueh juga.. ok la rasanya,huhuhu.not bad... Tahun depan kena bua banyak sikit.. Boleh mak sedara Imad ni merasa,hehe.

Pagi tu aku kena kemas rumah sebab malam tu aku tidur awal.. Ingat nak baring-baring je. Rupenye tertidur sampai pagi,huhu.. Pagi tu dah kena bebel, tapi tak kisah la.. Yang penting cantik juga dengan sarung kusyen yang baru beli.. Menyerlah rumah saya..kemas-kemas.. Balik hero-hero, habis rumah aku,hahaha.. tak kisah la.. apepun semua hepi..






Pagi pergi sembahyang raya.. Lepas sembahyang raya semua berkumpul termasuk aku yang masih belajar mengutip duit raya dari abang-abang dan kakak-kakakku,hehehe.. soronok sangat-sangat.. Dapat duit raya.. Aku kan masih kecik lagi :).. Anak-anakk sedara aku yang lain sibuk mengira duit raya.. Bahagia je walaupun dapat 2 ringgit.. ok la..











Lepas dapat duit raya kami anak beranak pergi melawat kubur Allahyarham ayah.. sedih sangat.. Daa lama aku tak pergi melawat Allahyarham ayah.. Alhamdulillah kitorang beramai-ramai sedekahkan bacaan yassin dan doa untuk ayah.. Semoga Allahyarham ayah dicucuri dengan rahmat Ilahi dan diampunkan segala dosa.. amiin..








Lepas ke kubur, kami ke rumah mak mertua abang Hamdan dekat Felda Rentam.. Borak lama la juga .. Lepas tu kitorang pergi jauh sikit ke rumah kak Lin.. Ambil peluang untuk melawat ayah kak Lin yang sedang sakit.. Kami semua berharap agar cepat sembuh..










Petang tu kitorang tak pergi mana-mana pun. Berehat di rumah menunggu tetamu.. Ade juga yang pergi kerumah jiran yang terdekat.. Alhamdulillah,kami sekeluarga sangat gembira... Begitu la kisah keluarga kami di hari raye 2011... Semoga tetap bahagia dan keluarga kita diredhai Allah.